27.1 C
New York
Monday, October 21, 2024

JAC T9 EV dipertonton di Malaysia – dua motor, bateri 88 kWh, jarak gerak hingga 340 km, bawah RM200k


JAC T9 EV dipertonton di Malaysia – dua motor, bateri 88 kWh, jarak gerak hingga 340 km, bawah RM200k

Selain versi diesel, JAC juga telah mempertontonkan trak pikap T9 versi elektrik (EV) di majlis pelancaran rasmi jenamanya di Malaysia. Sama dengan versi diesel, T9 EV juga diimport terus dari China (CBU) dan akan dijual pada harga bawah RM200,000 bagi 100 tempahan pertama yang diterima sebelum 31 Disember 2024.

Saiz T9 EV ini juga sama seperti T9 biasa, dengan catatan panjang 5,330 mm, lebar 1,965 mm, tinggi 1,920 mm dan jarak roda 3,110 mm. Begitu juga dengan ruang kargonya, yang mencatat panjang 1,520 mm, lebar 1,590 mm dan tinggi 470 mm.

Secara visible, T9 EV ini dapat dikenali melalui lencana JAC biru yang terdapat pada gril hadapannya, sementara penggerak pula terdiri daripada tetapan dua motor elektrik dengan yang di hadapan berkuasa 70 kW (95 PS), dan yang di belakang 160 kW (218 PS). Gabungan dua motor ini mampu menghasilkan tork keseluruhan 516 Nm dan boleh membawa ia memecut 0-100 km/j dalam masa 8.4 saat dan mencapai laju maksimum 140 km/j.

JAC T9 EV dipertonton di Malaysia – dua motor, bateri 88 kWh, jarak gerak hingga 340 km, bawah RM200k

Tenaga yang menggerakkan motor ini datang daripada bateri LFP 88 kWh, yang boleh menyediakan jarak gerak sehingga 340 km mengikut ujian WLTP. Ia boleh dicas menggunakan sumber DC sehingga 88 kW melalui sambungan CCS2 dan boleh naik 30-80% dalam masa 35 minit. Apabila dicas menggunakan sumber AC dengan sambungan Sort 2 sehingga 11 kW pula baterinya akan naik 15-100% dalam masa enam jam 50 minit.

Kelengkapan yang diberikan pada versi EV ini kebanyakannya adalah sama dengan versi diesel, termasuk rim 18 inci dengan tayar 265/60R18, brek cakera hadapan dan belakang, sports activities bar, pemijak tepi serta cangkuk penarik di bampar hadapan.

Namun anda akan melihat T9 EV ini tidak mempunyai pengesan jarak hadapan serta rel bumbung. Pada unit pameran ini, apabila bonet hadapannya dibuka, terus akan nampak gandar hadapannya, tetapi maklumat yang kami terima, unit yang dijual kepada pelanggan nanti akan diperkemas dan mempunyai ruang simpanan di dalamnya.

Bahagian dalam juga sama sahaja dengan versi diesel, menampilkan panel instrumen digital tujuh inci di hadapan pemandu, bersama skrin sesentuh 10.4 inci untuk infotainmen, boleh disambung dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Turut disediakan adalah pengecas tanpa wayar serta konsol tengah dengan fungsi penyejuk.

Tempat duduk bagaimanapun hanya menyediakan fungsi pelarasan elektronik pada bahagian pemandu sahaja, sementara tombol pemilih gear transmisi dan 4WD diganti dengan tombol tunggal.

Sama seperti T9 diesel, T9 EV juga mendapat pakej ADAS yang termasuk Lane Departure Warning, Lane Hold Help, Built-in Cruise Help, Emergency Lane Holding, Blind Spot Detection, Driver Monitoring dan Autonomous Emergency Braking (depan dan belakang). Ciri keselamatan yang diberi pula terdiri daripada tujuh beg udara, sama seperti versi diesel dan menerima penarafan Australasian NCAP (ANCAP) lima bintang.

Warna luaran yang ditawarkan untuk T9 EV ini ada lima, sementara warna balutan kulit dalam pula disediakan dalam pilihan warna hitam atau coklat. JAC T9 EV datang dengan jaminan enam tahun atau 200,000 km. Pelancaran rasminya dijangka berlaku pada Januari tahun hadapan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles