21.3 C
New York
Tuesday, October 22, 2024

JAC T9 dipertonton di Malaysia – trak pikap enjin 2.0L diesel turbo, pelbagai kelengkapan, sistem elektronik


JAC T9 dipertonton di Malaysia – trak pikap enjin 2.0L diesel turbo, pelbagai kelengkapan, sistem elektronik

Semasa pelancaran rasmi jenama JAC di Malaysia hari ini, syarikat itu telah membuat pra tonton untuk trak pikap double-cab mereka, iaitu JAC T9, dalam dua versi iaitu yang berenjin diesel dan elektrik penuh (JAC T9 EV).

Untuk JAC T9 diesel, sesiapa yang membuat tempahan sebelum 31 Disember 2024 dijanjikan dengan harga tidak melebihi RM120,000 tidak termasuk insurans dan datang dengan spesifikasi serta kelengkapan tinggi untuk bersaing dengan mannequin seperti Ford Ranger Wildtrak. Ia diimport terus dari China (CBU), dalam versi ES, namun JAC sudah mempunyai perancangan untuk pemasangan tempatan dalam waktu terdekat.

Seperti kebiasaan bagi sebuah trak pikap, JAC T9 diletakkan atas kerangka ladder body dan mencatat ukuran panjang 5,330 mm, lebar 1,965 mm, tinggi 1,920 mm dan jarak roda 3,110 mm. Berat keseluruhan trak pikap ini adalah 2,055 kg, dan boleh membawa berat sehingga 1,000 kg, dengan kapasiti menarik 3,500 kg. Ruang kargonya mencatat ukuran panjang 1,520 mm, lebar 1,590 mm dan tinggi 470 mm.

Hampir separuh daripada binaan badan T9 ini dibuat daripada besi berkekuatan tinggi, dan bahagian tepinya diperkuat untuk menahan impak. Di hadapan pula terdapat sepasang cangkuk yang boleh menarik sehingga 3,100 kg setiap satu.

JAC T9 dipertonton di Malaysia – trak pikap enjin 2.0L diesel turbo, pelbagai kelengkapan, sistem elektronik

Menggerakkan JAC T9 adalah enjin diesel turbo empat silinder 1,999 cc yang mapu menghasilkan sehingga 125 kW (170 PS) pada 3,600 rpm dan tork 410 Nm antara 1,500 rpm ke 2,500 rpm, dengan pacuan dihantar kepada semua roda melalui tranmsisi automatik lapan kelajuan ZF, sistem 4WD separa masa BorgWarner serta differential belakang boleh kunci secara elektronik.

Suspensi T9 terdiri daripada tetapan double wishbone di hadapan, dan spring dedaun multi-link di belakang. Selain daripada itu, ia juga menyertai Ford Ranger serta Mitsubishi Triton Athlete dengan menggunakan stereng kuasa elektrik.

Datang dalam satu varian sahaja, T9 ini diberikan dengan lampu utama, lampu belakang dan DRL LED, lampu kabus hadapan dan belakang, pengesan jarak hadapan dan belakang, rel bumbung, sports activities bar serta pemijak kaki tepi. Rim menggunakan saiz 18 inci dan dibalut tayar 265/60R18, manakala brek pada semua roda pula adalah daripada jenis cakera.

Di bahagian dalam, antara kelengkapan yang tersedia adalah termasuk panel instrumen digital tujuh inci, skrin sesentuh 10.4 inci untuk infotainmen (boleh disambung dengan Apple CarPlay dan Android Auto) serta pengecas tanpa wayar. Untuk pemandu pula tersedia pemilih gear elektronik, brek parkir elektronik serta stereng yang boleh dilaras ketinggiannya. Turut diberikan adalah kamera 360 darjah berserta kamera undur.

Kedua-dua tempat duduk hadapan datang dengan larasan kuasa serta pemanas, dengan balutannya termasuk untuk roda stereng dan beberapa panel lain ditawarkan dalam warna hitam atau coklat. Turut disediakan adalah soket pengecas USB-A (18W), USB-C (60W) serta 220-volt (150W) untuk pelbagai kegunaan lain.

Untuk sistem bantuan pemandu, trak pikap ini datang dengan Lane Departure Warning, Lane Hold Help, Emergency Lane Retaining, Blind Spot Detection, Rear Cross-Site visitors Alert, Ahead Collision Warning, Door Opening Warning, Site visitors Jam Assistant, Driver Monitoring dan Autonomous Emergency Braking (depan dan belakang).

Kelengkapan keselamatan pula terdiri daripada ABS, EBD, Brake Override, Hill Begin Help, Brake Help, Traction Management, Stability Management serta pemerhati tekanan angin tayar. T9 juga datang dengan tujuh beg udara dan menerima penarafan Australasian NCAP (ANCAP) lima bintang.

Kesemuanya ada lima warna yang ditawarkan untuk trak pikap T9 ini, dan ia didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had batuan. Pelancaran rasminya dijangka dibuat pada Januari 2025.

GALERI: JAC T9 yang dipertonton di Malaysia


Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles