6.1 C
New York
Thursday, October 17, 2024

Nissan Murano 2025 didedahkan – 2.0L VC-Turbo 241 hp/352 Nm, kotak gear 9AT, hanya untuk Amerika Utara


Nissan Murano 2025 didedahkan – 2.0L VC-Turbo 241 hp/352 Nm, kotak gear 9AT, hanya untuk Amerika Utara

Nissan hari ini secara rasmi mendedahkan mannequin generasi ke-empat untuk SUV Nissan Murano. Mannequin ini nampaknya tidak lagi akan dijual pada pasaran international termasuk Jepun, dan ia hanya ditawarkan pada pasaran Amerika Utara iaitu Amerika Syarikat dan Kanada.

Di pasaran berkenaan, Murano masih diletakkan di tengah-tengah antara Nissan Rouge (X-Path pada pasaran lain) dan juga SUV tiga-baris tempat duduk Nissan Pathfinder. Ia juga kini tidak lagi menerima enjin V6 3.5 liter bersama kotak gear CVT seperti mannequin generasi sebelumnya, tetapi telah digantikan dengan enjin 2.0 liter empat silinder dengan sistem mampatan bervariasi bersama pengecas turbo (2.0L VC-Turbo) dan digandingkan dengan kotak gear automatik konvensional sembilan-kelajuan.

Unit rangkaian kuasa tersebut adalah sama dengan padanan yang diterima oleh mannequin lebih mewah Infiniti QX60. Enjin baharu ini menghasilkan kuasa 241 hp, manakala tork maksimanya adalah 27 Nm lebih besar dari enjin V6 sebelum ini iaitu 352 Nm.

Nissan Murano 2025 didedahkan – 2.0L VC-Turbo 241 hp/352 Nm, kotak gear 9AT, hanya untuk Amerika Utara

Ia masih ditawarkan sama ada dalam versi pacuan roda hadapan dan juga pacuan semua roda dengan sistem Clever All-Wheel Drive Nissan. Selain itu Murano ini turut menerima penyerap hentak jenis sensitif-frekuensi bagi membantu memberikan pengendalian lebih baik.

Murano 2025 ini hadir dengan muka yang menampilkan elemen rekaan V-Movement Nissan generasi baharu seperti diberikan pada model-model terkini Nissan termasuk Serena C28 dan Almera facelift. Ia diberikan lampu utama yang nipis pada sebelah atas, bersama jalur LED lampu nyalaan siang yang direka seolah-olah bersambung dengan gril hadapan.

‘Otot-otot’ ikonik Murano masih lagi kelihatan pada mannequin genarasi baharu ini yang dihasilkan pada penutup bonet dan fender hadapan, bumbung lekuk di tengah dan juga pada fender belakang. Manakala bahagian belakang merubah identiti Murano sebelum ini dengan dipadankan dengan kluster lampu yang jauh lebih nipis, dihubungkan antara unit kiri dan kanan menerusi bar lampu yang merentangi sepenuhnya pintu tailgate.

Nissan Murano 2025 didedahkan – 2.0L VC-Turbo 241 hp/352 Nm, kotak gear 9AT, hanya untuk Amerika Utara

Manakala pada sebelah dalam pula Murano 2025 ini menerima papan pemuka baharu sepenuhnya yang menampilkan rekaan melintang, diberikan skrin berkembar untuk paparan instrumen digital sepenuhnya dan juga sistem infotaimen. Turut dapat dilihat ia diberikan roda stereng baharu dua jejari rata di bawah, serta suis-suis fizikal jenis sentuhan haptik untuk kawalan pendingin hawa.

Juga dapat diperhatikan tiada lagi tombol gear biasa diberikan pada Murano ini, digantikan dengan butang PRND yang disusun melintang berhampiran pemegang cawan pada konsol terowong. Pedal penukar gear pula masih diberikan pada roda stereng.

Tidak banyak perincian mengenai spesifikasi diumumkan. Antara kelengkapan yang sah diberikan pada Murano 2025 ini termasuk rim 21-inci, lampu LED sepenuhnya pada bahagian belakang, warna badan dua-tona, lampu suasana kabin 64-warna, tempat duduk hadapan dengan fungsi pengurut dan skrin berkembar yang masing-masing berukuran 12.3-inci.

Skrin tersebut datang sekali dengan aplikasi Google built-in yang memberikan fungi Google Maps dan lain-lain, serta dihubungkan dengan sistem audio Bose 10-pembesar suara.

Nissan Murano 2025 ini turut menerima sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) Nissan Defend 360 dan Nissan ProPilot 1.1. Ia juga menerima kamera pemantau sekeliling 3D yang turut memberikan visible maya bahagian bawah enjin menerusi kamera Invisible Hood View.

Nissan Murano 2025 ini masih akan diproduksi di kilang yang sama memasang mannequin generasi sebelumnya iaitu fasilti Nissan Smyrna di Tennessee, Amerika Syarikat. Ia akan mula dijual bermula pada awal 2025.


Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Articles